fbpx

Sakan beraya hingga tertinggal anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki berkenaan datang menuntut bayinya.

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial berkongsi detik lucu seorang bapa apabila terlupa anaknya gara-gara seronok beraya.

Menerusi klip video yang dikongsi Hanashop 1919, memaparkan lelaki tersebut datang menuntut bayinya setelah tidak sengaja meninggalkannya selepas datang beraya.

Bagaimanapun, bayi tersebut kelihatan bersahaja sewaktu ditinggalkan, malah dilihat riang bermain bersama tuan rumah.

“Berayanya mama dan papa sampai terlupa anak seorang lagi,” kata Hanashop di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai geli hati dengan gelagat lelaki berkenaan dan berkongsi pengalaman serupa.

“Yang anak dia macam tak kisah kena tinggal. Seronok tinggal situ kot,” Aishah Alkushairi.

“Saya pernah terlupa anak bongsu sebab dah biasa anak besar-besar. Tiba-tiba ada ‘baby’ selang lima tahun,” kata Sufiaopy.

Perkongsian tersebut kini tular sehingga memperoleh lebih 600,000 tontonan dan 51,200 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI