fbpx

PM sahkan Sanusi diundang ke Rumah Terbuka Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini hari ini.

SUNGAI BULOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dijemput pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah esok.

Anwar berkata, Muhammad Sanusi telah dijemput bagi menghadiri majlis berkenaan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

“Tak apalah saya sebelum ini juga tidak pernah menjawab Menteri Besar Kedah…biar keadaan tenang sedikit…bulan Syawal ini juga kita perlu mengeratkan silaturahim.

“Saya difahamkan beliau dijemput oleh pihak penganjur (Saifuddin) …kerana Tuanku (Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) berangkat pada majlis berkenaan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai undangan Muhammad Sanusi ke majlis berkenaan yang berlangsung di Hotel Raia, Alor Setar esok.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Muhammad Sanusi akan menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri bagi mengiringi Sultan Sallehuddin di sebuah hotel.

Katanya, walaupun belum menerima sebarang jemputan rasmi atas kapasiti sebagai Menteri Besar, beliau memberitahu akan tetap menghadiri majlis itu bagi mengiringi Sultan Kedah sekiranya baginda berkenan menghadirinya.

Mengulas mengenai persiapan Anwar berkata, segala bentuk persiapan telah diatur mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Anwar turut menyangkal dakwaan penganjuran majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam buah negeri sebagai suatu pembaziran.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, kos penganjuran majlis berkenaan adalah bagi menyantuni rakyat selain dapat berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

“Kerajaan dimana-mana akan buat (rumah terbuka) untuk rakyat bukan membazir, beri makan rakyat bagi saya tidak membazir,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI