fbpx

PDRM mulakan Op Lancar, kawal kesesakan pada hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Lancar selama empat hari bermula hari ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik di lebuh raya utama negara pada hujung minggu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihaknya menjangka pertambahan kenderaan yang ketara di atas jalan raya dalam tempoh berkenaan susulan cuti persekolahan yang bakal berakhir dan cuti Hari Pekerja.

“Bagi melancarkan pergerakan pengguna jalan raya, Op Lancar akan dilaksanakan bermula hari ini hingga 1 Mei ini terutama di kawasan ‘hotspot’ berlaku kesesakan aliran lalu lintas.

Selain itu, PDRM akan menempatkan petugas di lokasi yang telah dikenal pasti bagi memastikan aliran trafik lancar dan terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mat Kasim turut memaklumkan, pihaknya akan mengambil tindakan penyuraian kesesakan dengan mengaktifkan laluan pintar di Lebuhraya Utara Selatan menerusi kerjasama dengan PLUS Berhad di beberapa lokasi.

“Antara lokasinya adalah persimpangan Port Dickson hingga persimpangan Seremban, persimpangan Senai Utara hingga persimpangan Kulai, Gua Tempurung ke Gopeng, Slim River ke Sungkai serta Rawang ke Sungai Buaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI