fbpx

Liga Super: TRW tewas 2-3 di tangan Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Kelantan FC, Cifuentes (tengah) diasak pertahanan Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kelantan FC meneruskan rentak sumbang dalam saingan Liga Super apabila tewas 2-3 kepada Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kelantan FC terlebih dahulu memperoleh gol awal apabila pertahanan Perak, Shivan Pillay Asokan tertampan bola ke gol sendiri pada minit ke-14 ketika cuba menyekat tandukan lintang Miguel Angel Cifuentes.

Perak berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-35 apabila kapten The Red Warriors (TRW), Muhammad Yusri Yusmadi tertampan bola ke gol sendiri dalam usaha menyelamatkan gawang pasukannya.

Kelantan FC dikejutkan dengan jaringan kedua skuad The Bos Gaurus melalui rembatan kencang Luciano Guaycochea dari luar kotak penalti pada minit ke-45 untuk membolehkan Perak mendahului 1-2 sehingga tamat separuh masa pertama.

Perak FC menambah derita Kelantan FC melalui rembatan pemain pertahanan, Che Mohamad Suhairi Che Halim pada minit ke-61 yang menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Nik Mohd. Amin Ahmad untuk gol ketiga pasukan pelawat.

Usaha TRW merapatkan jurang berhasil apabila Nurshamil Abd. Ghani menjaringkan gol kedua TRW selepas menerima hantaran Muhammad Ghaffar Abdul Rahman pada masa kecederaan. Keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan Kelantan FC menghuni tangga kedua tercorot manakala Perak FC di kedudukan ke-11 saingan Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI