fbpx

Liga Super: TFC ditumbangkan Sri Pahang di gelanggang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adisak (kiri) dikawal ketat pemain Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Sri Pahang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super selepas mengalahkan Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam pertemuan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Sri Pahang berkongsi 22 mata bersama Selangor di tempat ketiga manakala TFC dengan 13 mata terus dirundung malang jatuh ke tempat kelapan.

Kegagalan benteng TFC mengeluarkan bola sepakan percuma Stefano Brundo tidak lama selepas itu membawa padah apabila Sherman mudah membuka tirai jaringan pada minit ke-31.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Mamut menyudahkan gerakan Liridon Krasniqi dan Adisak Kraisorn untuk gol penyamaan minit ke-39 sehingga tamat separuh masa.

Tuan rumah perlu menyalahkan diri sendiri selepas peluang keemasan Mamut minit ke-60 disusuli rembatan Sony Norde dari kawasan berbahaya seminit kemudian gagal menemui sasaran.

Skuad Tok Gajah mengambil kesempatan kegagalan TFC itu untuk kembali di depan hasil percubaan luar kotak penalti oleh Nor Azam Azih untuk menjadikan kedudukan 2-1 minit ke-68. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI