fbpx

Liga Super: Sherman menggalas harapan Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERMAN (kanan) terpaksa turun bersendirian mengetuai jentera serangan Sri Pahang selepas Silva masih belum pulih sepenuhnya.

BINTANG import Sri Pahang, Kpah Sherman dijangka memikul tanggungjawab secara bersendirian untuk merobek gawang Terengganu pada kunjungan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Ini kerana gandingannya di barisan depan pasukan, Lucas Silva belum cergas sepenuhnya selepas dia turut tersisih ketika pertemuan dengan Kuching City, minggu lalu.

Walaupun sukar, pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad seakan tiada pilihan lain dan mengharapkan seluruh pasukan wajar memikul tanggungjawab secara bersama untuk memberikan sokongan kepada Sherman.

“Saya harap selepas tempoh cuti hari raya ini, pemain yang tidak cergas ataupun cedera dapat kembali ke dalam pasukan,” katanya.

Perhitungan kali ini nyata cukup penting buat Tok Gajah untuk cuba mengekalkan rekod tanpa kalah, namun Fandi memberi ingatan kepada pemainnya supaya mengelak daripada dihimpit situasi sukar seperti pada pertemuan dengan Kuching City sebelum ini.

Bagaimanapun, perkara yang melegakan legenda Singapura itu adalah kualiti pemain pertahanannya, Stefano Brundo yang memiliki kemampuan untuk menghasilkan jaringan.

Brundo kini muncul penjaring terbaik Sri Pahang dengan lima gol untuk berkongsi tempat ke­dua senarai penjaring terbanyak Liga Super bersama penyerang Selangor, Ayron del Valle, Arif Aiman Hanapi (JDT) dan Park Tae-su (Sabah).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI