fbpx

Liga Super: NSFC akur tewas kepada Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI sengit ditampilkan pasukan Negeri Sembilan dan Kedah Darul Aman dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam tadi. - KOSMO!/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC tumbang di laman sendiri apabila dikecewakan Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 1-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini sebentar tadi

Willian Lira Sousa muncul wira pasukan pelawat menerusi dua golnya yang diperoleh di setiap separuh masa.

Gol pertamanya diperoleh pada minit ke-32 apabila dia menanduk masuk sepakan sudut yang diambil oleh pemain import dari Filipina, Manuel Gelito Ott bagi Kedah mendahului 1-0.

Bangkit dari gol lawan itum Negeri Sembilan melancarkan serangan ke kubu Kedah dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Ia menerusi sentuhan pemain pertahanan tengah, Zainal Abidin Jamil yang memperolehi peluang hasil sepakan kencang dari jarak kira-kira 25 meter yang dilakukan terlebih dahulu oleh Tommy Mawat Mada.

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan melakukan asakan demi asakan bagi mencari gol kemenangan namun dihampakan dengan tindakan penyudah yang tumpul.

Namun Willian Lira sekali lagi meledak pada minit ke-72, juga menyudahkan menerusi tandukan hasil hantaran
silang Lee Andrew Tuck yang menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman di gawang Negeri Sembilan.

Tuan rumah cuba mencari gol penyamaan menerusi beberapa asakan namun pelawat kental bertahan bagi membolehkan keputusan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan sekali gus Kedah pulang dengan tiga mata.

Selepas mengharungi 10 perlawanan, Kedah kini mengumpul 19 mata manakala Negeri Sembilan kekal dengan 10 mata selepas sembilan perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI