fbpx

Kerajaan cari kaedah pantau, bantu atasi kejadian strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID bersama Onn Hafiz (kiri) bersalaman dengan tetamu yang hadir di Rumah Terbuka Hari Raya Umno Parlimen Pontian di Benut, Pontian hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

PONTIAN – Jawatankuasa Bencana Negara telah mengkoordinasikan bersama Kerajaan Negeri, Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memantau serta membantu kejadian strok haba ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KKM juga telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengatasi dan menasihatkan penduduk di kawasan yang dilanda haba panas ini agar meminum air bersih dengan banyak.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) panas ini akan berakhir pada bulan Mei dan meminta semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga.

“Urusetia berkaitan strok haba telah mengadakan mesyuaratnya baru-baru dan telah mengemukakan laporan kepada pihaknya yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

“Apa juga cadangan dan tindakan seterusnya perlu dibawa kepada Jemaah Menteri memandangkan stroke haba perlu diberikan perhatian serius supaya tidak membimbangkan orang ramai,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian, dis ini, petang hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak meninggal dunia akibat stroke haba melibatkan Muhamad Syamil Aqil, 11 tahun, dari Kampung Perupok, Bachok, dan Nur Imani Ahmad Faris Fazli, 18 bulan, dari Kampung Kota, Kota Bharu, meninggal dunia dalam kejadian berasingan.

Muhamad Syamil Aqil menjadi mangsa pertama strok haba apabila meninggal dunia pada 9.27 pagi Selasa semasa sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI