fbpx

iGuru sokong pakai pelitup muka di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyokong sekiranya pemakaian pelitup muka dikuatkuasa di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes Covid-19.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, kesihatan dan keselamatan murid perlu diberi keutamaan supaya sekolah menjadi tempat selamat untuk pembelajaran.

Menurutnya, iGuru akur kepada ketetapan yang diputuskan nanti hasil perbincangan dan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan nanti perlulah jelas dan mengambil kira semua aspek kesihatan dan keselamatan warga sekolah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Mohd Azizee, pematuhan kepada SOP yang betul ketika sesi pembelajaran perlu bermula selepas cuti hari raya dan pihak sekolah perlu melakukan saringan ujian Covid-19 sekiranya ada kes pelajar atau para guru yang bergejala seperti batuk.

“Selain itu, ibu bapa perlu memberikan kerjasama dengan baik kepada pihak sekolah berkaitan anak- anak mereka dan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI