PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap enam negeri pagi ini.
MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hujan lebat dijangka berlaku di satu dua tempat kawasan pantai bagi negeri Johor, Pahang, Kelantan serta Terengganu.
Katanya, tiada hujan dijangka berlaku pagi ini bagi negeri Semenanjung yang lain.
Bagi Sarawak pula, hujan lebat diramal di beberapa kawasan iaitu di Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Seterusnya, cuaca sama juga dijangka landa di Sabah iaitu di sekitar Pedalaman, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE.