fbpx

F1: Allison pulang bagi pulihkan Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLISON dipanggil semula oleh Mercedes untuk memulihkan jentera W14 mereka yang dianggap tidak kompetitif musim ini. – AFP

BAKU – Kepulangan semula Pe­ngarah Teknikal Mercedes AMG Petronas, James Allison dijangka dapat membantu kebangkitan semula pasukan itu dalam sa­ingan Formula Satu (F1) pada saingan musim ini.

Allison tanpa berselindung mengakui jentera W14 hilang kepantasan, namun beliau me­minta supaya semua orang bersabar dan menantikan saat mereka kembali menunjukkan kemam­puan sebenar.

Selepas kembali menyertai Mercedes, Allison berkata, jentera musim ini masih berada di bawah paras sebenar, namun W14 tetap ada kelebihan, ter­utamanya ia dapat bertahan sehingga tamat perlumbaan.

“Jentera ini boleh diharapkan bagi menamatkan perlumbaan dan itulah kekuatan sebenar dimiliki W14. Bagi saya, itu antara elemen yang paling penting dalam perlumbaan F1 pada ketika ini.

“Bagaimanapun, selagi ia tidak menjadi jentera terpantas di atas litar, saya masih anggap W14 lemah. Kami akan cuba berikan segala-galanya bagi memastikan ia kembali mencabar kejuaraan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sudah mengenal pasti beberapa aspek serta komponen yang perlu diberikan perhatian, namun menegaskan, ia tidak mungkin menjadi jentera terpantas dalam tempoh singkat.

“Saya percaya W14 memiliki ‘downforce’ lebih baik berban­ding pasukan lain, namun itu sahaja masih belum mencukupi. Kita juga masih berada di awal musim, jadi kebanyakan jentera belum benar-benar sempurna,” ujar Allison. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN