fbpx

Anwar doakan kesembuhan buat Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian gambar Anwar bersama Erdogan di akaun Twitter miliknya hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang mengalami radang perut baru-baru ini.

Anwar melalui ciapan di laman Twitter miliknya hari ini memaklumkan, beliau sempat berhubung dengan Presiden Turkiye itu semalam untuk bertanyakan perkembangan kesihatannya ketika ini.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan malam tadi. Alhamdulillah, beliau bertambah sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Semoga beliau terus diberi kekuatan dan kecergasan, InshaAllah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, wawancara Erdogan dengan penyiar tempatan secara tiba-tiba terganggu pada malam hari Selasa apabila pemimpin Turkiye itu berasa tidak sihat semasa acara langsung itu kerana mengalami radang perut yang juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Wawancara bermula lewat malam Selasa kerana kesibukan kempen pilihan raya presiden.

Siaran langsung itu tiba-tiba terganggu apabila seorang wartawan mula bertanya soalan mengenai rombakan kabinet masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI