KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji (TH) sedang memohon sebanyak 10,000 kuota tambahan jemaah haji bagi tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi.
Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, bagi tahun ini Malaysia telah memperoleh semula kuota asal jemaah haji berjumlah 31,600 daripada kerajaan Arab Saudi.
Menurut beliau, rayuan pertama melibatkan 350 kuota telah diluluskan manakala bgi permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 lagi dijangka akan diketahui awal Mei ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman agihan keuntuhan TH tahun 2022, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE