fbpx

[VIDEO] Pekerja stesen minyak nyaris ditipu beri baki tidak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang menyaksikan seorang pekerja stesen minyak nyaris ditipu beri baki wang tidak mencukupi.

PETALING JAYA – Seorang pekerja wanita di sebuah stesen minyak tempatan nyaris ditipu apabila terdapat seorang pelanggan yang kononnya mendakwa menerima jumlah baki wang tidak mencukupi.

Menerusi satu klip video yang dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Akak Petron menunjukkan seorang pelanggan lelaki menghulurkan sekeping wang bernilai RM100 untuk mengisi minyak pada kenderaannya.

Jelas Akak Petron, lelaki tersebut membayar minyak sebanyak RM20 maka baki wangnya yang diberikan adalah RM80.

“Hari ini 30 Mac aku hampir kena tipu, pelanggan ni bagi RM100 lepas tu cakap aku bagi wang baki tidak cukup RM50. Aku tak nak bagi terus sebab aku yakin yang aku telah bagi baki RM80.

“Aku cakap kena tengok CCTV dahulu. Tengok.. Laju betul dia masukkan duit dalam poket seluar. Kemudian dia hilang masa aku tengok CCTV,” jelas wanita tersebut.

Klip video yang telah mendapat sebanyak 19,400 tanda suka itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang lain termasuk ada yang berkongsi pengalaman kejadian yang sama.

“Saya pernah kena sebelum ini, saya juga bekerja di stesen minyak. Saya buat perkara sama pergi periksa CCTV dahulu. Berhati-hatilah dengan pelanggan seperti ini,” ujar Idayus.

“Berhati-hati dengan pelanggan yang menggunakan wang dengan nilai yang besar seperti RM100 mahupun RM50. Kalau tidak duit itu palsu ternyata mereka akan cuba perdaya kita dengan duit baki yang tak cukup,” kata Asmahani Ahmad. – KOSMO! ONLINE.

@akakpetron Hari ni 30/03 aku hampir² nk kena scam wei… Cstmr ni bg rm100 lpstu ckp aku bg balance x cukup rm50. Aku x nk terus bg sbb aku yakin dh bg balance rm80. Aku ckp kena tgk cctv dulu. Nah… Laju tgn dia masukkn duit dlm poket seluar. Lps tu blah je ms aku g tgk cctv. QS 260 #scammers #petron #xyzbca #viral ♬ Hei Apa Apa x Tik Tak Tik Tik – Donny Fernanda

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI