fbpx

Shakilla Khoriri tak ‘taste’ mat salih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK Shakilla Khoriti iaitu Ameena mencuri tumpuan dengan gelagat lucu mahu ibunya itu kahwin sekali lagi. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – “Mimpi umi kahwin dengan mat salih.”

Demikian pengakuan lucu anak kepada dramatis, Shakilla Khoriri iaitu Ameena Sofia yang sepertinya memberi ‘lampu hijau’ agar ibunya mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain.

Bagaimanapun, Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd. Khoriri mengakui bahawa lelaki mat salih bukanlah cita rasanya.

“Masya-Allah budak ini kadang-kadang buat aku speechless (terkedu).

“Bila anak berkali-kali cakap macam risau jadi kenyataan. Dia tahu tak mak dia tak ‘taste’ mat salih?,” coret Shakilla menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Menerusi perkongsian status terbabit, pelakon drama Suri Hati itu turut memaklumkan bahawa anak tersayangnya itu selesai menyambut lebaran bersama keluarga bekas suami yang juga penyampai radio Hot FM, Fizi Ali.

“Alhamdulillah Ameena selamat pergi dan balik dengan daddy dia (Fizi Ali). Syukur,” katanya.

Menjengah ruangan komen, ramai juga mengusik Shakilla, 34, agar segera bertemu jodoh.

“Harap-harap mimpi Ameena jadi kenyataan ye. Comel sangat dia. Mat salih terus. Untunglah,” demikian antara komen ditinggalkan netizen.

Shakila sebelum ini berkahwin dengan Fizi pada 18 Februari 2018 namun memilih untuk bercerai tiga tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI