fbpx

Samsung umum pendapatan paling teruk dalam tempoh 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berjalan melintasi iklan telefon pintar Samsung di sebuah kawasan beli-belah di Seoul hari ini. – AFP

SEOUL – Samsung Electronics melaporkan keuntungan suku kewangan paling buruk dalam tempoh 14 tahun dan menyalahkan kelembapan perbelanjaan elektronik oleh pengguna dan pasaran tepu mikrocip sebagai punca perniagaan terasnya terjejas.

Syarikat Korea Selatan yang merupakan antara pengeluar cip memori dan telefon pintar terbesar dunia itu menyatakan dalam satu kenyataan hari ini bahawa keuntungan operasi menjunam kepada 640 bilion won (RM2.13 bilion), susut 95 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Pendapatan bersih suku pertamanya turut merosot 86.1 peratus  kepada 1.57 trilion won (RM52.26 bilion), manakala jualan pula susut 18 peratus kepada 63.75 trilion won (RM21.2 bilion).

Menurut Samsung, perbelanjaan keseluruhan pengguna perlahan ketika persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu.

Samsung juga menyalahkan kelemahan dalam permintaan cip memori yang biasanya menjana separuh daripada keuntungan konglomerat berekaan dan kejatuhan harga cip. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI