fbpx

Remaja guna siren polis elak kesesakan trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu tersebut mengaku dia menggunakan nombor plat polis dan siren agar boleh sampai ke destinasi dengan cepat. – Instagram

JAKARTA – Taktik seorang pelajar mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan cara memasang nombor plat kenderaan polis serta membunyikan siren akhirnya memakan diri apabila dia ditahan di Jalan Tol Tangerang Merak, wilayah Banten, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Ketua Utama Peronda Jalan Raya (PJR) Serang Timur, Komisioner Polis Wiratno berkata, pemandu berusia 19 tahun yang memandu kenderaan jenis Honda Freed itu ditahan selepas anggota-anggotanya curiga melihat kenderaan suspek memiliki nombor pendaftaran polis.

“Kami telah menahan pengguna jalan raya ini  yang sengaja menggunakan siren dan nombor plat polis,” ujarnya.

Polis sebelum itu mengejar kenderaan terbabit dan mengarahkan pemandunya berhenti ketika melalui plaza tol Cikupa.

Ketika ditahan, remaja tersebut mengaku menggunakan nombor plat dan siren  polis agar boleh sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat tanpa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Dia bukan mahu pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun hanya pemandu harian yang tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya,” ujar Wiratno.

Pemandu tersebut dikenakan denda selain nombor pendaftaran yang digunakan dirampas sehingga proses mahkamah selesai. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI