fbpx

Padah seludup 800 liter diesel dalam van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak diesel yang disimpan di dalam tangki besi di bahagian belakang van yang dipandu suspek.

SIBU – Kegiatan seorang lelaki menyeludup diesel menggunakan sebuah van terbongkar apabila ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 5 semasa menjalankan Ops Taring Kontraban di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, kira-kira pukul 6.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan menjumpai kira-kira 800 liter minyak diesel di dalam tangki besi di bahagian belakang van yang dipandu dan suspek turut mengaku membawa kesemua minyak diesel itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkiple menambah suspek juga gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki atau menyimpan atau membawa barang kawalan tanpa permit dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sibu.

Katanya jumlah keseluruhan rampasan ialah RM46,720 termasuk nilai van jenis Ford tersebut.

Beliau berkata kesemua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDN Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI