fbpx

Padah main telefon bimbit sambil pandu bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu bas ekspres yang dikesan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

SHAH ALAM – Tindakan dua pemandu bas ekspres memandu sambil menggunakan telefon bimbit mengundang padah apabila dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, baru-baru ini.

Kesalahan dilakukan dua lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikesan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang melakukan penyamaran di dalam bas tersebut.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, tindakan tegas itu diambil pihaknya ketika pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023 pada 17 dan 18 April lalu.

“Dua pemandu itu masing-masing dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu ke Shah Alam dan saman telah dikeluarkan terhadap mereka dan pemilik bas ekspres tersebut,” katanya hari ini.

Menurut beliau, antara kesalahan lain dikesan dilakukan pemandu bas adalah seperti memandu di lorong kanan secara berterusan, tiada pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) dan tatacara kelakuan pemandu.

Turut dikesan perbuatan pemandu memotong di garisan berkembar, menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI