fbpx

Naim Daniel cedera dahi, tangan akibat mercun bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIM DANIEL mengalami kecederaan pada dahi dan tangan akibat bermain mercun bola.

PETALING JAYA – Pelakon popular Naim Daniel terpaksa menerima rawatan di klinik selepas mengalami kecederaan pada dahi dan tangan gara-gara bermain mercun bola, malam tadi.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, selebriti serba boleh berusia 26 tahun itu turut mengalami kecederaan pada jari selepas bahan bakar itu meletop sehingga mengakibatkan kuku jari telunjuknya pecah.

“Kita dah sampai klinik. Sakit. Tengok jari, kuku pecah sampai nampak isi,” ujarnya sambil menunjukkan kecederaan yang dialaminya.

Biarpun mengalami kecederaan sehingga berdarah, Naim yang juga penyanyi itu kelihatan tenang dan masih mampu ketawa semasa menerima rawatan di klinik.

Malah, pelantun lagu Purnama itu masih meneruskan aktiviti bermain bunga api selepas menerima rawatan walaupun dalam keadaan tangan yang berbalut.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuk rakan-rakan artis berasa geram melihat gelagat Naim apabila tidak serik dengan insiden yang berlaku kerana masih kelihatan gembira ketika bermain bunga api.

“Elok jururawat tekan lagi luka awak tu,” ujar penyanyi Sissy Iman.

“Nakal lagi. Padan muka,” kata seorang pengguna Instagram.

“Dah pergi klinik, boleh pula sambung main siap tersenyum lagi,” kata seorang pengikutnya.

Sekadar info, Kosmo! Online 6 April lalu melaporkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menjadi mangsa pertama bermain mercun pada bulan Ramadan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI