fbpx

Mahkamah: Suri rumah didakwa larikan duit suami RM280,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG suri rumah didakwa melarikan wang tunai suaminya sebanyak RM280,000 di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai milik suaminya berjumlah RM280,000, pada awal tahun ini.

Tertuduh, Harsimran Kaur, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang menyimpan harta curi iaitu wang tunai berjumlah RM280,000 milik Harbhajan Singh, 38.

Perbuatan itu dilakukannya kira-kira pukul 12.01 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada 8 Januari lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh diwakili tiga Peguam, Mahajoth Singh, G.S. Gabriel dan Navin Punj.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 12 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI