fbpx

Mahkamah: Pekerja kontrak dituduh culik kekasih ‘WhatsApp’ awal pagi raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan hari ini, atas kesalahan menculik seorang remaja perempuan di Felda Gugusan Raja Alias, Jempol pada 22 April lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini, hari ini, atas kesalahan menculik seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian di Felda Gugusan Raja Alias, di Jempol, awal pagi Hari Raya Aidilfitri.

Tertuduh, Mohamad Khairul Firdaus, 26, berasal dari Pekan, Pahang, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, pada 22 April lalu, kira-kira pukul 5.30 pagi, di hadapan sebuah rumah di sebuah felda telah menculik remaja perempuan daripada penjaga yang sah dan kes dibaca di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa telah berkenalan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp pada bulan Disember 2022.

“Mangsa telah dijemput pada malam raya sebelumnya dan pada 5.30 pagi ketika suspek mahu menghantar mangsa, telah dilihat oleh ibu saudara mangsa lalu ibu saudara itu menjerit menyebabkan suspek panik dan lari bersama mangsa dengan menaiki kenderaan yang digunakan sehingga ke rumah suspek di Pekan, Pahang,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan jaminan memandangkan dia kini menanggung kedua ibu bapanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan syarat tidak menganggu mangsa dan tertuduh diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Mei ini di Mahkamah Majistret Bahau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI