fbpx

Mael XPDC meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan XPDC, Mael dikhabarkan telah meninggal dunia di Hospital Muar, Johor sekitar pukul 9.30 malam sebentar tadi.

Berita duka tersebur disahkan sendiri anaknya perempuannya, Sharifah Irfatasha.

“Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya telah meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, kira-kira pada pukul 9.30 malam,” tulisnya menerusi satu kiriman WhatsApp.

Difahamkan Mael atau nama lengkapnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, telah dikejarkan ke Hospital Muar selepas diserang penyakit asma sebelum disahkan meninggal dunia tidak berapa lama kemudian.

Pada masa sama, kematian Mael turut dikongsi dalam Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, yang memetik pemberitahuan daripada pengurus kumpulan terbabit, Bro Yazid.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita daripada pengurus XPDC, Bro Yazid.

“Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar kira-kira pada pukul 9 malam tadi.

“Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Pada Ogos 2019, Mael pernah dikejarkan ke hospital yang sama selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak.

Untuk info, sekitar tahun 1990 sehingga awal 2000, XPDC yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit.

Jumlah itu tercatat menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI