fbpx

Liga Super: Harimau Kumbang baham The Cats 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang FC mencipta kemenangan keempat menentang Kuching City FC 2-1 pada perlawanan ke-10 Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya malam tadi.

Penang FC berjaya mengekalkan momentum kemenangan keempat berturut-turut selepas menewaskan pasukan Kuching City FC pada perlawanan ke-10 Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Anak buah pengendali sementara Penang FC, Manzoor Azwira Abg Wahid dilihat sedaya upaya menggandakan rentak kecemerlangan mereka di hadapan kira-kira 1,783 penyokong.

Bagaimanapun, gol pendahulu diledakkan penyerang pasukan yang mendapat jolokan The Cats, Abu Kamara pada minit 32.

Jaringan pasukan pelawat ternyata telah membakar semangat skuad Harimau Kumbang dalam mencari gol kemenangan keempat di tempat sendiri.

Tidak henti asakan bertali arus bagi kedua-dua pasukan, Penang FC akhirnya berjaya merobek gawang pasukan kendalian Irfan Bakti menerusi sepakan ‘luar jangkaan’ oleh pemain pertahanannya, Mohamad Khairul Akmal Rokisham pada minit ke-45.

Perlawanan terikat 1-1 sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Sebaik memasuki babak kedua, pasukan Penang FC tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan kedua hasil sepakan deras ke arah gawang lawan oleh pemain import dari Lubnan, Soony Saad pada minit ke-51.

Jaringan yang dilakukan Soony, 30, adalah kali kelima sejak penyertaannya dalam Liga Super 2023.

Kedua-dua pasukan dilihat enggan menyerah kalah meskipun berdepan tekanan dalam usaha menambahkan mata jaringan di 10 minit terakhir perlawanan.

Keputusan di perlawanan ke-10 itu menyaksikan Penang FC melonjak ke satu anak tangga iaitu ketujuh dalam carta Liga Super manakala Kuching City FC di tangga ke-12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI