fbpx

Liga Super: Azmeer direhatkan untuk satu perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Azmeer Aris

GEORGE TOWN – Pemain pertahanan Penang FC, Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid direhatkan seketika dalam aksi perlawanan ke-10 Liga Super 2023 menentang Kuching City FC malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar skuad Harimau Kumbang, Jeffrey Chew ketika dihubungi Kosmo! di sini malam tadi.

Menurut Jeffrey, Muhammad Azmeer direhatkan hanya untuk satu perlawanan sahaja berikutan terlibat kemalangan di Jalan Baru, Balik Pulau petang tadi.

“Dia (Muhammad Azmeer) akan beraksi semula pada perlawanan seterusnya nanti. Rakannya, Mohammad Amer Azahar berada dalam senarai pemain simpanan.

“Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil. Pihak Penang FC akan mengeluarkan satu kenyataan di facebook rasmi esok,” ujarnya.

Terdahulu, kedua-dua pemain Penang FCA itu dilaporkan mengalami kecederaan pada lutut setelah kereta yang dipandu Azmeer dirempuh sebuah lori yang sedang mengundur akibat terbakar kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketika kejadian, mereka dikatakan dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar George Town untuk menyertai perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI