fbpx

Lelaki tak sedarkan diri kena renjatan elektrik dalam pembetungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa di dalam pembetungan tersebut di Laguna Park, Pulau Indah.

KLANG – Seorang lelaki dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik dalam pembetungan di Laguna Park Pulau Indah, hari ini.

Mangsa berusia 30an itu juga dikatakan kehilangan pergelangan kaki kanan dipercayai akibat renjatan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.04 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal melibatkan seorang lelaki terkena renjata elektrik di dalam pembentungan.

“Mangsa masih berada di lokasi kerana dimaklumkan memerlukan kehadiran pakar kabel dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Ini bagi memastikan kawasan selamat susulan masih ada arus elektrik di dalam pembetungan tersebut,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI