fbpx

Lelaki cedera ditembak ketika berada di bawah bangsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik menjalankan siasatan di sebuah bangsal di Kampung Tepus, Pauh Lima di Bachok petang tadi. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan semasa berada di bawah sebuah bangsal di Kampung Tepus, Pauh Lima di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa bersama rakannya berada di sebuah bangsal berdekatan dengan tali air di kampung berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sabri,60-an, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas didatangi anggota polis ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari bangsal tersebut.

Menurutnya, dia tidak menyedari kejadian itu sebelum dimaklumkan oleh anggota polis yang menjalankan siasatan di kawasan tersebut.

“Saya difahamkan, seorang lelaki bermotosikal telah menghampiri bangsal itu sebelum melepaskan satu das tembakan ke udara dan satu das lagi ke arah mangsa.

“Tembakan itu terkena pada kaki mangsa dan suspek telah melarikan diri dengan motosikalnya,” katanya ketika ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Sabri memberitahu, rakannya yang melihat mangsa cedera akibat terkena tembakan itu terus menghubungi ambulans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI