fbpx

Lebih 4 juta kenderaan guna lebuh raya hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah peningkatan trafik melebihi empat juta kenderaan di seluruh lebuh raya utama pada hujung minggu ini.

Jangkaan tersebut dibuat berikutan cuti sempena Hari Buruh dan juga pembukaan sesi persekolahan pada minggu hadapan.

Menurut Jurucakap LLM, jumlah kenderaan tersebut dijangka hampir sama sehari sebelum perayaan Aidilfitri, Jumaat lalu.

“Pada jumaat lalu kita menerima lebih empat juta kenderaan menggunakan lebuh raya, dan jumlah pada hujung minggu ini dijangka jumlahnya sama.

“Kami menjangkakan trafik bertambah berikutan cuti pada 1 Mei dan juga sesi persekolahan dibuka pada 2 Mei,” katanya ketika dihubungi Kosmo!-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI