PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk makanan jenama Hershey yang dikilangkan di Malaysia oleh Hershey Malaysia Sdn. Bhd. mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga hari ini.
Jakim menerusi kenyataan akhbar berkata, produk jenama itu turut disahkan halal oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Kementerian Agama Republik Indonesia.
Menurutnya, BPJPH adalah Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jakim di negara berkenaan.
“Maklumat lanjut mengenai status halal produk berkenaan boleh disemak menerusi https://www.halal.gov.my/v4/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20140512-200955&type=C&ty=CO.
“Semakan turut boleh dibuat menerusi pautan https://bpjph.halal.go.id/search/sertifikat?nama_produk=Hershey&nama_pelaku_usaha=&no_sertifikat=&page=1,” katanya tadi.
Jakim berkata, pihaknya mendapati produk Hershey yang tular di media sosial baru-baru ini tidak memegang mana-mana pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. – KOSMO! ONLINE