fbpx

[VIDEO] Dua pemain Penang FC terlibat kemalangan stabil, cedera lutut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Honda HRV yang dipandu Azmeer dirempuh sebuah lori yang sedang terbakar di Jalan Bukit Baru, Balik Pulau petang tadi.

BALIK PULAU – Dua pemain Penang FC, Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid dan Mohammad Amer Azahar dilaporkan stabil setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh sebuah lori yang sedang terbakar di Jalan Baru di sini petang tadi.

Kedua-dua pemain skuad Harimau Kumbang itu dikatakan dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar George Town bagi menyertai perlawanan Liga Super 2023 menentang Kuching City FC malam ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu apabila lori yang sedang menaiki bukit itu tiba-tiba terbakar lalu mengundur ke belakang.

Ketika itu, kereta Jenis Honda HRV yang dipandu Azmeer dikatakan sudah berhenti pada jarak kira-kira 40 meter dari lokasi kejadian.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua pemain mengalami kecederaan pada lutut akibat terkena dashboard (papan pemuka) selain trauma.

Difahamkan, Azmeer antara kesebelasan pemain yang akan beraksi pada perlawanan ke-10 di Stadium Bandaraya pada pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI