fbpx

Budak lelaki mati lemas ketika berkelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Yusuf yang lemas ketika mandi di sungai dekat Loji Air Sungai Limau di Kupang, Baling ditemui pada petang tadi.

BALING – Kegembiraan lapan sekeluarga berkelah dan mandi di sungai berdekatan Loji Air Sungai Limau di Kupang, di sini berakhir duka apabila seorang daripada mereka mati lemas pada petang tadi.

Mayat mangsa, Muhammad Yusuf Khairuddin, 10, ditemui di dasar sungai kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas pada pukul 4.50 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Baling pada pukul 1.41 tengah hari tadi.

“Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri kemudian mengarahkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani ke lokasi kejadian.

“Pusat Kawalan Bomba Sungai Limau diaktifkan pada pukul 2.44 petang sebelum mangsa ditemui pada pukul 4.50 petang tadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu dan empat adik beradik serta dua lagi saudara berkelah di situ kira-kira pukul 11 pagi.

“Semasa kejadian, ibu mangsa sedang menyuap makanan kepada tiga anak kecil lain di tepi sungai dengan jarak tempat terakhir mangsa dilihat kira-kira 10 meter sahaja.

“Dia seterusnya nampak mangsa turun ke sungai untuk mandi sebelum menyedari mangsa tiada di sungai lalu mencarinya termasuk di rumah saudara, namun mangsa gagal ditemui,” katanya.

Kata beliau, kakak mangsa berusia 13 tahun memaklumkan ternampak kanak-kanak terbabit menuju ke arah saluran paip sedut pasir sebelum disedari hilang.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI