PETALING JAYA – Biarpun berdepan jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat curi masa bagi melakukan aktiviti senaman di sekitar kawasan perumahannya pada pagi ini.
Menerusi hantaran gambar yang yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Anwar dilihat melakukan aktiviti riadah seperti berlari dan senaman menggunakan ‘battle rope’.
“Pagi tadi meluangkan masa bersenam dan joging di sekitar rumah. Alhamdulillah,” kata Anwar di sini hari ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendoakan agar Anwar terus diberi kesihatan yang baik.
“Syukur Alhamdulillah. Terbaik Anwar Ibrahim. Kesihatan tetap perlu diutamakan,” kata Khalipah.
“Alhamdulillah…moga Allah memberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan mentadbir negara buat Anwar Ibrahim,” kata Abdul Lattif.
“Rezeki kesihatan yang paling utama baru rezeki lain datang menyusul, moga Perdana Menteri diberi rezeki yang barokah dan kesempurnaan dalam kesihatan rohani dan jasmani,” ujar Ambok.
Anwar dijadual menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam lokasi bermula Sabtu ini dengan lokasi pertama di Kedah bertempat di Hotel Raia, Alor Setar bermula pukul 10 pagi sehingga pukul 2 petang.
Selain itu, Ahli Parlimen Tambun itu turut dijadualkan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor – KOSMO! ONLINE