fbpx

17 keluarga tinggal sehelai sepinggang, 15 rumah musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 15 rumah setinggan di Jalan Saga, Likas di Sabah musnah dalam kebakaran malam tadi. - IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Sebanyak 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 15 rumah setinggan di Jalan Saga, Likas musnah dalam kebakaran malam tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan selepas semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri dalam kejadian sekitar pukul 7.20 malam itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihkanya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 7.29 malam.

“Seramai 48 pegawai dan anggota BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Penampang bersama empat jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 17 keluarga yang terbabit dan tiada mangsa dilaporkan manakala kebakaran membabitkan 15 rumah setinggan bersaiz kecil jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya dan api berjaya dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran dan operasi terkawal pada pukul 8.38 malam,” katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada 10.47 malam dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI