fbpx

Warga emas ditinggalkan kapal persiaran di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal persiaran meninggalkan seorang warga emas di Filipina sehingga dia terpaksa kembali ke UK dengan menaiki kapal terbang pada awal bulan ini. - Foto it News

MANILA – Seorang lelaki Britain terkandas di Filipina selepas kapal persiaran yang sepatutnya dinaikinya meninggalkan pelabuhan tanpa dia sempat menaikinya, lapor portal berita Wion News semalam. 

Christopher Chapel, 72, membelanjakan kira-kira AS$21,000 (RM93,681) dalam apa yang dia sangka akan menjadi pelayaran mengelilingi dunia yang tidak dapat dilupakan.

Chapel dilaporkan mula berasa sakit dan mual di tengah-tengah pelayaran, demikian menurut laporan portal berita Ladbible. Ia menyebabkan lelaki itu pergi berjumpa doktor yang kemudian menasihatinya untuk menjalani ujian jika dia mahu berada di atas kapal persiaran tersebut.

Dia bertindak turun dari kapal itu ketika berada di Filipina dan melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mengetahui bahawa simptom yang dialami itu hanyalah strok haba. Namun, apabila dia kembali, kapal tersebut telah pergi meninggalkannya.

Chapel dan anak saudaranya menghubungi syarikat kapal persiaran tersebut dan insurans perjalanan yang memberitahu mereka bahawa keadaannya kritikal dan dia tidak akan dibenarkan menaikinya. 

Dia juga didapati tidak sesuai untuk terbang ke Manila.

Akibatnya, Chapel terpaksa menaiki bot dari pulau Palawan ke Manila sebelum akhirnya tiba di Britain pada 7 April lalu, lebih sebulan selepas turun dari kapal persiaran untuk melakukan ujian perubatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI