fbpx

Umur Biden risiko utama untuk bertanding semula jawatan presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden kini berusia 80 tahun. – Getty Images

WASHINGTON – Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk bertanding semula bagi jawatan serupa dalam pilihan raya 2024 merupakan satu keputusan yang akan menguji sama ada rakyat negara itu bersedia memberi peluang kepada presiden AS paling tua tersebut untuk terus berkhidmat selama empat tahun lagi.

Menurut laman berita RTE, Biden, 80, membuat pengumuman itu menerusi satu video yang disiarkan oleh pasukan kempennya semalam, di mana beliau secara rasmi mengumumkan akan mempertahankan demokrasi AS.

“Apabila saya bertanding untuk jawatan presiden empat tahun lalu, saya berkata bahawa kita berada dalam pertempuran untuk jiwa Amerika. Kita masih melakukan perkara yang sama.

“Ini bukan masa untuk terus leka. Sebab itu saya bertanding semula. Mari habiskan tugas ini, saya tahu kita boleh melakukannya,” kata Biden.

Usia Biden yang telah lanjut membuatkan keputusannya untuk bertanding semula sebagai sesuatu yang bersejarah dan berisiko kepada Parti Demokrat, yang berdepan saingan sengit untuk menguasai Dewan Senat pada 2024.

Parti tersebut merupakan minoriti dalam Dewan Perwakilan buat masa ini.

Doktor telah mengesahkan Biden, yang tidak mengambil minuman beralkohol dan bersenam lima kali seminggu sebagai ‘sihat untuk bertugas’ selepas menjalani pemeriksaan pada Februari lalu.

White House berkata, rekod kesihatan Biden menunjukkan keadaan mentalnya amat sihat untuk menggalas tugas sebagai presiden. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI