fbpx

Tak biasa ada skrip, Ryan Bakery kekok lakonkan babak cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN Ryan Bakery, telefilem Challenge Accepted dijayakan pelakon Erysha Emyra dan Shasha Nadira.

PETALING JAYA – Pertama kali terlibat dalam telefilem bergenre romantik komedi, pelakon dan pempengaruh terkenal, Ryan Bakery mengakui cabaran terbesar yang dihadapinya adalah kesukaran bermain adegan beremosi dengan lontaran dialog penuh perasaan.

Katanya, watak Jeff dalam drama bertajuk Challenge Accepted tersebut sebenarnya tidak terlalu sukar, namun dek terbiasa menjayakan komedi tanpa dialog yang spesifik, telefilem arahan Hadith Omar membuatkan dirinya berasa agak kekok.

“Bagi saya nak kata susah sangat tidak, senang pun tidak. Boleh dikatakan kekok juga kerana dalam skrip ada adegan luah perasaan.

“Ini kali pertama untuk saya apabila harus menyampaikan skrip kerana saya sudah biasa melakonkan cerita komedi dan bebas berdialog,” kata pemilik nama lengkap Muhammad Ryan Fahmi Bakery itu.

Selain skrip, personaliti sosial media berusia 28 tahun itu turut harus bangun awal bagi menepati ‘call time’ semasa menjayakan penggambaran.

“Antara cabaran lain adalah ‘call time’ disebabkan penggambaran bermula pada awal pagi yang memerlukan saya sedia berada di set mengikut masa ditetapkan.

“Penggambaran juga dilaksanakan pada bulan puasa dengan jadual bermula dari pagi sehingga petang dan disambung semula petang ke malam,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ryan menyifatkan telefilem ini sebagai pengajaran yang boleh diambil buat semua pembuat kandungan dalam sosial media agar berjaga-jaga apabila menghasilkan sesebuah kandungan.

“Penonton harus menonton telefilem ini kerana ada pengajaran yang terkandung supaya ‘content creator’ di luar sana tidak buat kandungan yang bukan-bukan.

“Telefilem ini juga mengajar erti berusaha dan tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu,” tutur pelantun lagu Raya Last Minit itu.

Telefilem siaran Astro Ria yang bakal ditayangkan pada 28 April ini pada pukul 10 pagi tersebut mengisahkan Jeff, seorang TikTokers terkenal dicabar peminat untuk mencari dan membuat wanita bernama Fatimah jatuh cinta kepadanya.

Selain Ryan Bakery, telefilem Challenge Accepted dijayakan pelakon Erysha Emyra dan Shasha Nadira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI