SHAH ALAM – Sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) musnah dalam kebakaran di kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini hari ini.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran yang turut melibatkan bangunan kedai dan rumah berselahan tadika itu.
Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, empat pasukan bersama jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.37 tengah hari.
Katanya, BPP yang terlibat adalah Shah Alam, Kota Anggerik, Andalas dan Pelabuhan Klang.
“Kebakaran melibatkan sekolah tadika Pasti jenis dua tingkat dengan api telah merebak ke bangunan kedai dan rumah bersebelahan.
“Api berjaya dikawal pukul 1.22 tengah hari dan insiden itu tidak melibatkan sebarang mangsa,” jelasnya dalam kenyataan hari. -KOSMO! ONLINE