fbpx

Sudahlah pemalas, suami sekeluarga selamba mengaku tak puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang isteri dan juga ibu tidak tahan apabila suaminya bukan sahaja malas membantu menguruskan rumah tangga, malah mengambil remeh hal ibadah seperti solat dan berpuasa.

Menerusi luahan yang dibuat kepada pengacara dan penyampai radio, Ahmad Fedtri Yahya di Twitter, wanita itu berkata, sepanjang Ramadan hanya dia sahaja yang sibuk menguruskan anak-anak dan menyediakan juadah sahur serta berbuka.

Jelasnya, suaminya hanya tidur selepas balik kerja, malah pergi menunaikan solat tarawih walaupun tidak menunaikan solat lima waktu dan berpuasa.

“Tahun ini balik beraya ke belah suami. Dia tidak pandai memandu. Sepanjang pulang ke kampung, dia hanya tidur di sebelah sahaja. Bila anak bising, dia cakap letih. Tetapi tak tahu apa yang dia buat seharian.

“Sampai sahaja kampung, mak mentua cakap mereka semua satu keluarga tidak berpuasa, termasuk adik-adik ipar semua. Dekat waktu berbuka, saya masak sebab tiada apa nak makan.

“Masuk waktu berbuka, mereka pun sibuk-sibuk nak makan seperti berpuasa. Saya minum air sikit dan solat. Bila sudah, tengok makanan tinggal sikit sahaja,” luahnya.

Tambahnya, dia berasa sangat penat kerana dia yang memandu jauh dalam kesesakan jalan raya dan menguruskan rumah tangga seharian dalam berpuasa.

“Lepas kenyang mereka satu keluarga di luar main mercun. Saya kena kemas dapur seorang diri. Yang lain semua bagi alasan kena jaga anak kononnya.

“Pagi raya ibu mentua dah minta saya masak rendang dan rebus ketupat. Sedangkan anak-anak perempuannya masih tidur, tengah hari baru keluar makan.

“Sampai sahaja rumah, saya sambung uruskan anak-anak, basuh kain dan lain-lain. Suami? Dia hanya tidur sahaja. Boleh naik gila saya dibuatnya,” katanya.

Luah wanita itu lagi, dia hanya bertahan dalam rumah tangganya itu hanya memikirkan anak-anak.

Katanya, dia pernah membuat aduan di pejabat agama, namun dinasihat pula agar bertolak ansur dengan suami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI