JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan dengan meriah apabila dihadiri lebih 700 ahli keluarga, lapor program berita Liputan6 hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @dinodinss.
Memandangkan bilangan mereka terlalu ramai, kertas kehadiran disediakan di atas sebuah meja yang perlu diisi oleh setiap ahli keluarga tersebut.
Pengguna akaun TikTok itu kemudian membelek setiap helaian kehadiran di atas meja yang dikepilkan mengikut nama ketua keluarga.
Menurutnya, bilangan ahli keluarga yang ramai itu menyebabkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
“Kami tidak mengenali antara satu sama lain walaupun sebenarnya keluarga,” tulis dalam huraian video itu.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Menangis dompet kalau duit raya diminta,” komen seorang netizen.
“Saya nak jadi adik awak, biar duit raya banyak,” komen netizen lain. – Agensi