fbpx

Dipuji kreatif, beri duit raya seplastik syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @qirahbashah di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Gelagat seorang wanita memberi duit raya dalam bentuk wang syiling mencuit hati pengguna media sosial sejak semalam.

Menerusi video yang dikongsi @qirahbashah di akaun TikToknya, wanita itu terlebih dahulu meminta adiknya memutarkan roda di dalam aplikasi telefon pintar.

Ketika adiknya kebingungan mendapat ‘satu genggam’, kakaknya mengeluarkan sekotak kasut dipenuhi duit syiling sebelum memberikan plastik.

Adik lelakinya itu kemudian mengaut segenggam syiling dan meletakkan ke dalam plastik yang diberikan.

Sehingga kini video tersebut mendapat sebanyak 2.1 juta tontonan, 183,600 tanda suka dan 16,400 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan cara keluarga itu yang dianggap unik berbanding tradisi kebiasaan memberi duit raya di dalam sampul.

“Idea baru, sangat unik. Lain daripada yang lain, tahun depan boleh cuba,” komen Ummi Sofiah.

“Kreatif, tidak perlu susah tukar duit raya (wang kertas),” komen Atul pula.

“Seronoknya. Sebenarnya bukan soal berapa banyak dapat duit, tetapi kenangan yang dapat semasa berkumpul dengan ahli keluarga,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI