fbpx

Pernah jadi mangsa, Aaron Aziz minta ‘scammer’ disenarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Aaron Aziz menggesa mahkamah menyenarai hitam individu yang mempunyai rekod jenayah penipuan supaya tiada lagi mangsa berdepan situasi sama.

Katanya, pihak yang telah dibuktikan terlibat dalam konspirasi sedemikian tidak wajar dibenarkan terbabit dengan mana-mana urus niaga atau buat bisnes.

“Kasihan orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna kerana duit semua kena songlap. Astagfirullah,” tulisnya dalam Instagram.

Bintang filem KL Gangster itu meluahkan perasaan terkilan dengan kes penipuan yang mempergunakan festival musim perayaan sebagai modus operandi untuk mengaut keuntungan.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut mendedahkan dia memahami perasaan mangsa kerana dirinya juga pernah menjadi mangsa penipuan yang menggunakan taktik sama.

Dalam ruangan komen rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan saranan aktor berusia 47 tahun itu bagi menyekat penipuan seperti terus berleluasa.

“Masih ada lagi ‘scammer’ hidup mewah. Hari-hari naikkan status membeli belah, parti hari jadi setiap bulan,” kongsi netizen.

“Saya baru lepas kena ‘scam’ seminggu sebelum raya. Habis duit hendak beli persiapan raya. Sedih, kecewa semua ada,” tulis seorang lagi pengguna laman sosial.

“Sokong sebab pernah kena dan rasa sakit sangat. Hampir RM10,000 dengan lagi seminggu hendak kenduri kahwin. Cuma Allah yang tahu perasaan,” luah pengikut laman Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI