fbpx

Pasangan suami isteri edar dadah direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAMI isteri yang ditahan bersama 9.26kg dadah direman enam hari di Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini.

TELUK INTAN – Suami isteri yang ditahan bersama 9.26 kilogram (kg) dadah jenis heroin di kawasan tempat letak kereta sebuah masjid di Chikus, Langkap di sini semalam direman enam hari bermula hari ini.

Perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 23 dan 24 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret T. Ashvinii di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini.

Ashvinii membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan reman suami isteri itu selama enam hari sehingga Isnin depan.

Kedua-dua suspek yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan kelmarin, diberkas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menerusi laporan media semalam, pasangan pengantin baharu itu ditahan melalui pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 12.30 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI