fbpx

Kerugian mencecah jutaan ringgit, View Chin kembali ke pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pendek yang dimuat naik oleh View Chin di Insta Storynya, semalam (kiri).

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, View Chin dilihat kembali ke pejabat setelah terpalit dengan kemelut rumah tangga sejak kebelakangan ini.

Menerusi rakaman video pendek di Insta Storynya semalam, View Chin kelihatan berjalan naik sambil merakam tangga di premis tersebut.

“Rasa lama tak balik office,” tulisnya sambil menyertakan tanda pagar #tangga.

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine Hau Ah Moi bergolak selepas bekas isterinya itu mendedahkan kecurangan di media sosial baru-baru ini.

Perbualan mesej antara View Chin bersama Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira mendapat perhatian pengguna media sosial apabila menyatakan mereka mahu berjumpa di tangga.

View Chin sebelum ini berkata secara ekslusif bersama Kosmo! bahawa dia terpaksa merehatkan perniagaannya buat sementara waktu bagi memberi laluan untuk menyelesaikan masalahnya itu.

Jelasnya, keadaan perniagaannya terancam dan mungkin akan mengalami kerugian mencecah sehingga jutaan ringgit.

“Kemungkinan untuk pembekal dan jenama produk untuk menarik diri dari memasarkan produk bersama saya adalah tinggi sekiranya krisis antara dengan bekas isteri berterusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI