fbpx

EPL: Spurs mula gelabah putus pecat Stellini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STELLINI terpaksa meninggalkan tugasnya sebagai pengurus interim Spurs selepas kekalahan besar berdepan Newcastle. – AFP

LONDON – Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy terpaksa mengambil keputusan memecat Christian Stellini selepas meng­anggap kekalahan 1-6 kepada Newcastle United sebelum ini sebagai sesuatu yang memalukan.

Stellini hanya sempat menge­tuai Spurs dalam empat perlawanan sejak pemecatan Antonio Conte dan kini pasukan akan dilatih oleh Ryan Mason.

“Stellini hadir ketika pasukan berada dalam detik sukar dan saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya kerana bersikap profesional sepanjang mengetuai pasukan.

“Namun, ia agak menyedihkan untuk melihat semua ini terjadi (kekalahan kepada Newcastle United). Kita juga boleh lihat pelbagai alasan kenapa ia boleh berlaku.

“Saya sendiri, lembaga pengarah, jurulatih dan pemain harus ambil tanggungjawab ini secara bersama, namun pada akhirnya semua itu adalah tanggungjawab saya,” katanya.

Sepanjang empat perlawanan di bawah kendalian Stellini, Spurs hanya mampu meraih empat mata, menang sekali ke atas Brighton, seri dengan Everton dan tewas dua kali.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Spurs selepas turut alami kekalahan 3-2 kepada Bournemouth.

Kekalahan besar kali ini beri kesan besar kepada Spurs untuk cuba menamatkan musim ini di kelompok empat terbaik bagi merebut satu slot ke Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI