fbpx

Empat ‘superman’ kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi berbahaya gaya 'superman' yang dilakukan empat individu semasa menunggang motosikal sebelum ditahan pihak polis.

KUALA LUMPUR – Keghairahan empat individu melakukan aksi ‘superman’ selain menunggang motosikal secara melulu mengundang padah apabila ditahan pasukan polis yang bertugas dalam Op Selamat.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur memaklumkan, kesemua individu ditahan berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun.

“Tangkapan membabitkan empat orang lelaki yang melakukan aksi berbahaya, bersaing dan melakukan ‘zig zag’ di atas jalan raya.

“Kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42 (1) Akata Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu meluru dan berbahaya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Justeru, JSPT KL menasihatkan ibu bapa untuk memantau kegiatan anak-anak terutama pada waktu malam bagi mengelakkan mereka terjerumus dengan kegiatan tidak sihat ini.

Dalam hantaran yang lain, JSPT KL turut memaklumkan, kawalan lalu lintas turut dilaksanakan di kawasan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran berlakunya tanah rumtuh semalam.

“Orang ramai disaran untuk mengelakkan diri dari melalui laluan tersebut. Patuhi arahan anggota polis yang bertugas,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI