BEIJING – Seorang pesara dari China berusia 65 tahun yang gemar berjudi tergamak menculik cucunya sendiri dan menuntut sebanyak 500,000 yuan (RM322,276) sebagai wang tebusan daripada anak perempuannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Pesara berkenaan yang dikenali sebagai Yuan, menjemput cucu perempuannya berusia empat tahun dari sekolah tetapi tidak membawanya pulang ke rumah ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Sebaliknya, Yuan menelefon anak perempuannya untuk memberitahu bahawa dia perlu membayar wang tebusan sehingga setengah juta yuan dalam tempoh tiga hari jika dia mahu melihat kanak-kanak itu.
Terkejut dengan permintaan bapanya, wanita berkenaan dengan segera menghubungi polis dan Yuan telah ditangkap.
Tidak jelas dengan tepat bila kejadian itu berlaku tetapi Jurnal Undang-undang Shanghai baru-baru ini melaporkan bahawa warga emas itu sudah berada di penjara kerana tindakan melulunya. – Agensi