fbpx

China tamatkan keperluan ujian PCR untuk pengembara asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru kabin menuju ke pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai, China pada 8 Januari lalu. - Alex Plavovski/EPA-EFE

BEIJING – China menamatkan peraturan yang mewajibkan pengembara asing menyerahkan keputusan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) sejak awal pandemik Covid-19, lapor agensi berita United Press International (UPI), semalam.

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning berkata, pengembara hanya perlu menunjukkan keputusan negatif menerusi ujian pantas (RTK) antigen mulai Sabtu depan. 

China sebelum ini menamatkan keperluan ujian PCR untuk pelancong yang datang dari New Zealand dan Malaysia sahaja.

Tambah Mao Ning, syarikat penerbangan tidak lagi perlu menyemak keputusan ujian Covid-19 sebelum penumpang berlepas.

“Kami ingin mengingatkan pelancong supaya menjaga kesihatan sebelum perlepasan dan mematuhi protokol Covid-19 di China serta di destinasi perjalanan mereka. 

“China akan terus memperhalusi dasar pencegahan dan kawalan berasaskan sains berikutan perkembangan terkini situasi epidemik untuk perjalanan yang selamat, sihat dan teratur di negara-negara lain,” kata Mao Ning semasa sidang akhbar di Beijing.

Industri pelancongan China kini dalam proses pemulihan secara perlahan berbanding jumlah pelancong ketika sebelum pandemik. Ia turut dijejaskan oleh kadar tambang penerbangan yang tinggi dan kelulusan visa yang tertunggak.

China adalah salah satu negara terakhir yang menggugurkan syarat kuarantin untuk pelancong sejurus tiba ke tanah besar bermula 8 Januari lalu. 

Peraturan pengasingan diri selama 14 hari itu telah dilaksanakan sejak Mac 2020 ketika kemuncak wabak Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI