PETALING JAYA – Tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sedang memandu motoked serta memberikan laluan kepada ambulans menunjukkan keprihatinan baginda yang berjiwa rakyat.
Menerusi video dimuat naik Istana Negara pada media sosial rasmi, baginda yang sedang memandu serta diiringi pengiring segera memberikan laluan kepada ambulans tersebut yang berada di lorong paling kanan.
“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberi laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang, petang hari ini.
“Seri Paduka Baginda dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang motoked baginda,” menurut penerangan video oleh Istana Negara, hari ini.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai reaksi pujian kepada baginda apabila mengutamakan kebajikan rakyat.
“Agong berjiwa rakyat, Daulat Tuanku. Semoga sihat selalu dan dirahmati Yang Maha Esa,” komen AriosJohn.
“Ahamdulillah terima kasih Tuanku menunjukkan contoh yang terbaik,” kata sahilah21.
“DYMM telah bukitkan kasih baginda kepada hamba rakyat. Menjunjung kasih Tuanku kerana memberi tauladan yang amat luar biasa untuk hamba rakyat,” ujar user49058328843215. – KOSMO! ONLINE
@istananegaraofficial KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberi laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang hari ini. Seri Paduka Baginda dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang motoked Baginda. #royal #malaysia ♬ original sound – Istana Negara