fbpx

[VIDEO] Tanah runtuh di pintu masuk bangunan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh di pintu masuk bangunan SPRM yang dianggarkan berkeluasan 12,000 kaki persegi. Foto AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di hadapan akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.54 petang.

Menurutnya, seramai lapan pegawai bomba digerakkan bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul.

“Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Yogeswaran Elangovan, setibanya di lokasi kejadian, terdapat tanah runtuh di hadapan pintu masuk akademi SPRM.

Tidak libatkan blok bangunan kuarters dan asrama, hanya blok pentadbiran yang terkesan. Foto AFIQ RAZALI

“Kejadian itu meruntuhkan sebuah pondok kawalan. Keluasan tanah runtuh dianggarkan 12,000 kaki persegi.

“Tanah runtuh tidak melibatkan blok bangunan kuarters dan asrama, hanya blok pentadbiran sahaja yang terkesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, seramai 76 mangsa terlibat terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita, namun kesemuanya tidak mengalami sebarang kecederaan serta dipindahkan ke kawasan selamat.

Dalam pada itu, pihaknya juga berkata, agensi Unit Cerun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kerja Raya sedang berada di lokasi berkenaan untuk memantau keadaan tanah cerun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI