fbpx

Penyokong JDT dinobat paling setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG JDT menjadi penyokong yang terus setiap memberikan sokongan kepada pasukan mereka apabila mencatat jumlah kehadiran tertinggi di stadium setakat musim ini.

PEMINAT Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai sebab kukuh untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh senyuman apabila muncul penyokong pa­ling setia dengan mencatatkan kehadiran tertinggi bagi saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim setakat ini.

Setakat sembilan perlawanan, kehadiran keseluruhan 31,889 penyokong menjadi angka ter­tinggi yang dicatatkan dalam Liga Super 2023 dan ia direkodkan semasa aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Terengganu pada 24 Februari lalu.

“Penyokong yang setia, ia adalah salah satu aset terhebat milik JDT. Nilai estetika kelab ini menjadi lebih istimewa apabila mempunyai kelompok penyokong yang menyokong tanpa prejudis serta memiliki perspektif berbeza berbanding penyokong pa­sukan lain di Malaysia.

“Dalam keluarga besar ini, partisipasi penyokong bukan sekadar fenomena yang menakjubkan. Ianya juga berkaitan kemampanan dan pemangkin kejayaan Harimau Selatan,” me­nurut kenyataan JDT menerusi laman sosial Johor Southern Tigers.

Mengikut statistik prestasi Harimau Selatan dalam sembilan perlawanan awal musim ini menjadi pencapaian terbaik dengan rekod kemenangan bersih, menghasilkan 37 gol dan hanya bolos sekali.

Selain itu, Harimau Selatan sudah pun merekodkan kemenangan paling lama dalam 19 perlawanan sejak 11 Oktober lalu.
JDT mengutip 27 mata untuk berkelebihan lima mata berban­ding Selangor di tangga kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI